MUSIM TENGKUJUH KEMBALI MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KALENDAR TAHUNAN.

Fuhhhh... Hujan turun tak henti2 segala rancangan dan aktiviti tertangguh dek lecehnya keadaan sekitar.

Maka aktiviti diadakan didalam rumah jerrr laaaa... Bayangkan dalam keadaan cuti sekolah akibat pandemik yang entah bila temui penghujung ni... Boleh diibaratkan seperti tsunami yang membadai didalam ruang terhad sebuah rumah teres.

Suara kecoh 'perang saudara' menambahkan lagi beban fikiran sang ibu. Kadangkala haru biru bila sampai kepada tahap 'perang dunia'.

Pendamainya tak lain tak bukan sebatang rotan halus yang sentiasa tergantung diruang dapur. 

"umi lapar lahhh." haaahhh (satu keluhan berat dilemparkan)  ungkapan yang tak kira waktu dan masa si ibu akan dengar dan bersedia. 

Musim hujan begini perut sentiasa minta diisi...
Dalam kepala si ibu.. ligat mencipta resipi apa yang bakal ank2 nikmati. 

Memandangkan waktu masih awal, seawal 11 pagi, saya mengambil keputusan untuk menggoreng kuih sejuk beku produk jualan sendiri, bagi mengalas perut ank2,sementara saya menyediakan makanan tengahhari yang lebih berat. 

Semasa tengah mengoreng lagi 2-3 kali kelibat ank2 'burung punai datang mendekat.
Dihalau...lari...bila tak diendah... datang lagi mendekat.

Kalau tak dilarang maunya,sebelum sempat dihidang kuih dah tinggal kuping2 jer...

"nahh.. Makan dlu, nanti tghhari umi siapkan lunch pulak."
Diserbu piring berisi karipap dan pelbagai lagi bagaikan anak kucing kelaparan.... 

"Oopppsss... Sekejap umi nak snap gambar dlu untuk koleksi blog cerita dari hati umi yerrr.." click! click! click! 

"haarr.. dah siap..makan lah!" 
"Yeeeyyyyy.. Jomm makann" si abang mempelawa adik2nya,yang sebenarnya tak perlu dipelawa pun. 

Suasana aman damai.. 

Setengah jam kemudian........ 

ARRRGGGHHH!!! 
KEMBALI HINGAR BINGAR... 



Comments

Popular Posts