Hujan masih lagi lebat... dari sehari ke sehari, nasib baiklah kawasan rumah saya ni bukan kawasan takungan air, jd bila hujan lama pun kami tak bimbang akan gejala banjir berlaku.
Hujan masih lagi lebat... dari sehari ke sehari, nasib baiklah kawasan rumah saya ni bukan kawasan takungan air, jd bila hujan lama pun kami tak bimbang akan gejala banjir.
Bila memandangkan keadaan cuaca sedikit sebanyak menggangu perjalanan urusan dengan lancar,
Ini menyebabkan rata2 yang merunggut tentang masalah kewangan dan bebanan dimusim covid ni,namum alhamdullilah saya mengucapkan syukur, rezeki yang ALLAH kirimkan untuk saya dan keluarga tak pernah putus.
Tempahan kuih sejuk beku menjadi pilihan tepat pada musim begini, semalam saya terima lagi tempahan, pagi td dalam saya membuat persiapan untuk penghantaran, saya terima lagi panggilan dr pelanggan yang sama, dio menempah lagi untuk anaknya.
Setelah pulang dari COD, saya terima lagi panggilan darinya, hati berdebar.. Kenapa tak sampai setengah jam cust saya tu telifon lagi.....
Ya allahhh.... Dari takut jadi happy!! Apa tidaknya saya terima satu penghargaan dari cust yang saya dapat tau yang dia seorang yang cerewet.
Katanya,kuih samosa ikan saya ni saling tak tumpah dengan karipap yang dia makan 20 tahun lalu...rindu pada karipap tu kembali terubat.
Apa rasanya bila hasil air tangan kita dibandingkan dengan air tangan 'orang lama'. Saya zahirkan rasa terharu pada beliau, sambil ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi memberi pendapat yang membina.
Dalam keterujaan juga beliau mengatakan akan membuat tempahan lagi dengan saya.


Comments
Post a Comment