380' GAYA HIDUP BERPUSING MERUBAH KEHIDUPAN.
Permulaan dari seorang yang bekerjaya... Akhirnya terlahir seorang surirumah yang sederhana mengusahakan makanan sejukbeku...
Diawal persaraan... hidup penuh konflik,disebabkan gaya hidup yang berubah secara drastik.
Cuba menyesuaikan diri dalam rencah kehidupan baru, pasti ada saja yang tidak sesuai...
Namun dicuba jua menggadun bersama pengalaman lalu dengan terkini, walaupun terasa kekok untuk kami sesuaikan bersama.
Sesungguhnya rezeki itu di tetapkan Allah, bila mana keinginan untuk bangkit dari rasa kesal kerana tidak mampu untuk membantu meringankan beban suami.
Dihambat rasa ingin berubah,saya mencari alternatif untuk menjana pendapatan, sekadar membantu 'topup' mana yang terkurang.
ALHAMDULLILAH... doa seorang isteri sering dimakbul Allah, Dihantarkan seseorang sebagai perantaraan dalam menjana rezeki dalam perusahaan sejukbeku.
Kini hampir 6 tahun saya mengusahakan perniagaan sejukbeku secara kecil-kecilan namun berterusan.
Setidak-tidaknya segala perbelanjaan dapur rumah kami dapat ditampung oleh hasil jualan kuih sejukbeku, selain mendapat pulangan modal secara pasif.
ALHAMDULLILAH TERIMA KASIH ALLAH!!!
pantas saya bangkit.. Samatelah Allah telah mengirimkan seseorang untuk berkongsi rahsia doh karipap yang ranggup.


Comments
Post a Comment